SELAMAT DATANG KE BLOG Che'gu Mas

Followers

Wednesday 7 December 2011

The Road Not Taken


Dh lama sangat tak update blog. hari ni saya nak berkongsi pengalaman menjadi seorang penceramah. Penceramah? wow!! ala.. Penceramah dalam kelas je sebagai salah satu tugasan untuk subjek pengurusan dan konsultasi sekolah. Dah la jadi antara orang last yang ceramah. Nervous sangat tadi. tapi Alhamdulillah saya berjaya merasai penglaman berceramah sendirian.

Tajuk yang saya bawa dalam ceramah saya adalah THE ROAD NOT TAKEN. satu sajak bahasa inggeris yang dipelajari semasa sekolah menengah. kenapa saya pilih tajuk ni? sebab saya percaya setiap orang perlu melalui apa yang penulis sajak ini lalui iaitu dilemma untuk memilih jalan yang hendak dilaluinya. tapi akhirnya penulis memilih jalan yang jarang dilalui orang lain. Dan jalan yang dipilih itu membawa satu perubahan yang besar kepada hidup beliau.

Saya kemukan beberapa contoh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih jalan yang jarang dipilih orang lain iaitu dengan menjadi seorang perdana menteri. begitu juga dengan pensyarah kami iaitu en Ab Aziz Yatim. beliau memilih untuk melatih pelajar kaunseling untuk menjadi kaunselor yang hebat. tindakan beliau merupakan suatu yang jarang orang lakukan dan sanggup lakukannya. hanya keberanian dan semangat mampu membuatkan mereka terus berada dilandasan jalan kedua itu.

Anda bagaimana? anda nak jadi orang yang biasa2 sahaja atau orang yang luar biasa seperti Tun, En Aziz dan banyak lagi tokoh2 yang sudi memilih jalan yang jarang orang pilih dan membawa satu perubahan yang besaar terhadap diri mereka malah kepada orang lain juga.


Sekian dahulu daripada saya... pilihlah jalan yang anda fikirkan terbaik buat anda. Genggam tangan, letak ke dada dan tanya kepada hati "wahai hati, apakah pilihanmu?"

Tuesday 15 November 2011

Lappy Rosak


salam dan selamat malam semua...

maaf saya dah lama tak post entry baru. kebetulan, laptop saya pulak rosak. motherboard dy problem. entry saya yang sebelum ni pun belum cukup memenuhi objektif penubuhan blog nie.. xpe insayAllah bila saya dah dapat laptop pinjam ataupun laptop saya sempat siap cepat saya janji akan post pasalah program sekolah di Rompin dan banyak lagi entry yang sepatutnya saya masukkan supaya selaras dengan objektif blog nie..
salam kemaafan dari saya....


Friday 4 November 2011

harapanku.......


Malam ni saya akan bertolak ke KEDAH menaiki bas dibawah seliaan HAK( himpunan anak kedah). bermakna bermulah detik hidup tanpa internet. huhu...
tapi bukan itu yang saya risaukan. Saya lebih risaukan program yang akan kami adakan pada 10,11 dan 12 november nanti. seminggu sebelum SPM. harapan sekolah sangat tinggi pada kami. kepada pembaca sekalian.. doakanlah kejayaan kumpulan kami untuk memberi semangat yang sangat tinggi kepada adik2 SMK ROMPIN, Pahang. kami sangat mengharapkan agar kami tidak ambil masa adik-adik dengan sia-sia. doakan kami yew..=)
ni la banner yang kami wat sendiri untuk SMK ROMPIN

p/s: gambar selebihnya akan diupload selepas program yer... tunggu tau..

Balik Kampung.....



Hari ni dah ramai pelajar UPSI yang dah kosongkan rumah untuk memenuhkan rumah di kampung masing-masing. Kebetulan pula, minggu raya itu merupakan minggu cuti pertengahan semester. Hmm.. bercuti sakan la semua.
Yang penting jaga keselamatan dan berhati-hati sepanjang perjalanan. 
Apa-apa pun saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidliadha kepada semua warga UPSI serta semua yang membaca blog saya ini. Semoga hari raya ini tidak hanya disambut dengan kemeriahan tetapi juga dengan ketaqwaan.. insyaAllah...



p/s: kirim salam pada keluarga di kampung yew...=)

Thursday 3 November 2011

Lagu yang Dah Siap....


Lagu ini mewakili seorang ayah yang sangat menyayangi dan kasihankan anaknya yang sangat tertekan dengan kehidupan mereka. Anaknya sering diejek kerana kekurangan upaya yang dialami oleh si ayah. Beliau (si ayah) itu cuba menjadi ayah yang terbaik tetapi kekurangan dirinya menyebabkan anaknya semakin jauh dengannya. Beliau juga kurang memahami kehidupan anaknya disekolah.  Dapat dilihat apabila beliau memarahi anaknya apabila melihat anaknya pulang malam dan diiringi seorang lelaki. Tetapi, walau apa sekalipun yang pernah beliau lakukan, ia adalah untuk anak itu. Beliau cuba mengubah diri beliau, menjadi ayah yang lebih baik dan memahami. Dan dikatakan bahawa perubahan itu juga adalah untuk anaknya. Anak itulah ‘the reason’ untuk kehidupannya.


ni la kumpulan Hoobastank 



Lirik lagu The Reason – Hoobastank
I'm not a perfect person
As many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You [x4]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you


Isu Posting UPSI...Apa cer??



Rabu yang lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari, ruang legar bangunan Bitarasiswa mula dipenuhi pelajar-pelajar UPSI serta kakitangan-kakitangan UPSI. Tujuan mereka adalah 1 iaitu menuntut hak posting daripada pihak KPM iaitu organisasi yang menguruskan penempatan guru-guru ke seluruh malaysia. ramai pelajar lepasan UPSI yang baru bergraduat pada sesi lalu belum menerima tawaran posting ke sekolah. namun, apa yang lebih menyakiti adalah kerajaan telah memilih guru GSTT iaitu guru sandaran TIDAK TERLATIH sebagai guru tetap dan menganaktirikan pelajar-pelajar yang berpenat lelah selama 4 tahun demi menjadi seorang gudu disekolah. dimanakah silapnya pelaja-pelajar ini? dan dimanakah kelebihan guru GSTT itu? dan apa ulasan pihak atasan atas isu ini ? serta komen daripada individu yang memerhati...
ikuti kisah lanjut di halaman berikut

1. http://pustakaalmanhar.com/2011/11/isu-posting-guru-demo-pelajar-upsi.html
2.http://sisibukit.blogspot.com/2009/10/lagi-isu-posting-gurucuma-lewat-bukan.html
3.http://meorikhwan.blogspot.com/2009/10/cikgu-kat-upsi-gelabah-akibat-isu.html
4.http://www.cikgudahlia.com/2011/11/demonstrasi-5000-pelajar-upsi-tuntut.html

Sunday 30 October 2011

Cara Menghilangkan Stress


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.





9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai
kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya

Saturday 29 October 2011


Kasihnya Ibu............

Salam n Selamat Sejahtera sumer

Dalam jam 10 malam tadi aku mendapat panggilan telefon dari mak. Suara mak kedengaran seperti baru lepas menangis. mak hanya mengatakan bahawa beliau akan tiba di rumahku tidak lama lagi dan mengarahkan aku untuk bersedia.

Mak tidak memaklumkan kepadaku bahawa beliau ingin ke KL tetapi kenapa tiba2 beliau kesana? Adakah abah diserang jantung lagi? atau adakah mak bergaduh dengan abah dan melarikan diri hingga ke KL. mana mungkin mak membuat tindakan sebegitu. Semarah mana mak pada abah, mak tidak pernah keluar dari rumah tanpa izin abah.

Setibanya mak di rumahku. Aku dikhabarkan bahawa mereka ingin menziarahi mekcik di sungai buloh yang sedang menjalani pembedahan jantung. Separuh lega hatiku mengenangkan andaianku tadi salah tetapi aku kembali risau memikirkan keadaan makcikku. semoga beliau dipermudahakn urusan dan cepat sembuh.

Walaubagaimapaun, bukan itu yang aku ingin ceritakan tetapi mengenai barang pemberian mak kepadaku tadi iaitu sebekas kuih simpul kasih dan sepapan bersaiz besar coklat cadbury. Memang menjadi kebiasaan bagi mak untuk membelikan aku coklat jika beliau singgah atau mengirimkan makanan kepadaku(tetapi tidaklah selalu, 2 3 bulan sekali) tetapi bila memikirkan yang aku mendapat bahagian yang besar sedangkan coklat kecil yang disertakan sebagai promosi dimakan mak dan adik kecilku. lazimnya anak kecil didahulukan tetapi mak menyimpan bahagian yang besar untukku dan memakan hanya bahagian yang kecil. alangkah terharunya aku.... mak begitu menyayangiku.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut membelikan aku sebekas besar kuih simpul kasih yang aku idam-idamkan. terharunya dan gembira sungguh rasa hati. meskipun singgahnya hanya sebentar tetapi kenangan yang ditinggalkan sehayat tidak mampu aku lupak



Pernahkan kalian renung kembali apa yang ibu bapa kalian lakukan untuk kalian melebihi orang lain? jiak pernah, tahniah kerana anda sememangnya menghargai pengorbanan ibu bapa anda. jika tidak, mulakanlah sekarang selagi hayat dibadan, selagi nadi masih berdenyut dan selagi malaikat maut menjauhi. hargailah pengorbanan inu bapa kita dan sayangilah mereka meskipun mereka pernah menyakiti hati kita kerana tiada ibu bapa yang tidak pernah sekelumit tidak menyayangi anak-anaknya...
sekian sahaja dari saya sebelum melelapkan mata..
mak, kakak sayang mak sangat3!!! =)
THANKS FOR VISITING MY BLOG