SELAMAT DATANG KE BLOG Che'gu Mas

Followers

Saturday, 5 May 2012

Syukur Pada Allah~


SYUKUR. hanya itu mampu saya ungkapkan kerana urusan kami untuk menjalani praktikal di SMK Idris Shah dipermudahkan. sekolah menerima kami malah mengalu-alukan kedatangan kami. semoga tugas kami semasa praktikal menjadi mudah dan berkah. amin
jom tinjau-tinjau sekolah yang kami(saya dan pasangan praktikum) akan berpraktikum nanti...
pintu masuk sekolah.... x sabar nak masuk




hmm...baca 2.. xbleh merokok ye anak2 cikgu..

Monday, 26 March 2012

Kenangan Bersama Adik2 SMK Pokok Sena






   Jumaat yang lepas, saya bersama rakan2 serta pensyarah kesayangan kami iaitu En Aziz telah mengadakan program kemahiran belajar bersama adik2 dari SMK Pokok Sena. mereka datang menaiki kereta api dan sampai di Tanjong malim pada jam 4 pagi seterusnya mereka solat dan rehat di Masjid Jamek, Tg. Malim sehingga jam 7 dan kemudian meneruskan aktiviti di Dewan Sri Tanjung, UPSI.
   Satu pengalaman yang menyeronokkan kerana adik2 sangat baik dan ramah. tiada sebarang rungutan terhadap pelakuan mereka dan semasa aktiviti dijalankan, mereka tetap memberi sepenuh perhatian meskipun masih terasa lelah perjalanan yang jauh.
  Kami bersama-sama mereka sehingga mereka pulang ke Kedah menaiki kereta api pada jam 11 malam. Rasa sayu menyelubungi tatkala menghantar mereka pulang. seharian bersama belum puas terasa. Setiap pertemuan pasti disusuli dengan perpisahan. Apa-apa pun saya dan rakan-rakan serta En Aziz sangat mengharapkan agar adik2 dapat mengamalkan apa yang kami sampaikan dan seterusnya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah....

Thursday, 22 March 2012

Tempias


Tempias ni selalu dikaitkan dengan air. macam tempias hujan yang mana kita terkena sedikit air hujan bila hujan terlalu lebat sehingga melangkaui kawasan di bawah bumbung. Maksud tempias dalam bahasa inggeris adalah  the splashing of water. Tetapi tempias yang saya nak ceritakan ni bukan pasal air tetapi mengenai pemikiran manusia. Cewah.. Metafora kot. Biasa lah, orang Melayu kaya dengan bahasa. 
Ceritanya bermula apabila kita terserempak dengan sekumpulan perempuan yang berpakaian seksi dan kurang bersopan tetapi dikalangan mereka terdapat seorang perempuan yang menutup aurat cuma tidak lah seperti seorang ustazah. Masyarakat akan tetap kecam dan menyamakan perempuan menutup aurat tersebut dengan rakan-rakannya kerana beliau berada berkawan dengan gadis seksi.
 Pelik kan? Malahan bukan gadis seksi yang ditegur dan diperli tetapi si gadis menutup aurat tersebut yang di perli dan ditegur. Sudahlah dikecilkan hati gadis bertudung tersebut, mahu dipisahkan lagi si dia yang hanya tidak mempunyai ramai kawan selain rakan yang seksi itu. Sampai bila lah mentaliti masyarakat kita nak berubah kan? Hanya Mengenakan manusia yang lemah dan naif.
Saya petik kata rakan dan pensyarah saya, masyarakat kita mempunyai teknologi bad ke -21 tetapi pemikiran masih di abad ke-13 zaman gelap eropah. Minda yang sempit dan suka menindas hak orang lain secara tanpa sedar.
Renung-renungkan dan marilah sama-sama kita mengubah minda kita menjadi minda abad ke-21

Thursday, 15 March 2012

3 tahun Sudaaaa.....


Sedar tak sedar dah tiga tahun belajar kat UPSI nie.. dan baru tadi dapat luang masa dengan mak makan KFC kat Tanjong Malim yang permai.

Selalunya mak datang kejap-kejap je sebab hanya singgah ke rumah sebelum bertolak ke Kuala Lumpur atau pulang ke Kedah tapi demi permintaan anak manja n gediks dia ni sanggup la mak n abah luang masa makan kt KFC BHPetrol tadi.. hehehe

Mekasih mak abah sebab banyak sangat berkorban untuk kakak.. dan syukur sangat sebab dalam kesibukan saya, time mak abah datang ni say alngsung tak sibuk.. muahaha.. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.. Alhamdulillah~

Ingat janji kita.. kakak akan cuba kurangkan sibuk dan belajar lebih gigih lagi untuk banggakan mak abah.. =) insyaALLAH....

n x lupa jgak mak sanggup stop kt jejantas Sg. Buloh untuk beli Dunkin Donuts my favourite.. huhuhu

SAYANG MAK ABAH A LOT!!!!!!!!!!!!!!!

Kreatifnya Manusia Itu


Hmm... pernah tak anda melihat atau terlihat satu rancangan lawak dari Negara Jepun bertajuk Kasou Taishou? atau lebih mudahnya, cerita yang unik -unik tu.. yang ada orang hitam yang akan menggerakkan kaki ke tangan seseorang untuk membuat gimik seolah-olah kita meliha perkara yang maya. sekali pandang, macam la manusia ni tak ada teknologi sampai nak kena buat macam zaman dahulu tetapi pernah tak anda terfikir, andai tidak ada idea2 kreatif ini pasti komputer kita hanya akan mengandungi software microsoft word, paint, dan software yang asas sahaja. bagi yang tak pernah tengok, ni salah satu persembahan daripada rancangan saya sebutkan..

Pengalaman Cutiku~


Walaupun dah lama tak masuk entry baru.. hehehe
Tapi nak jugak masuk cte ni walaupun dah lama..
Pengalaman mengikuti seorang penceramah motivasi iaitu En Mokhtar b Rashid. kenal x?

En Mokhtar ni kadang2 beliau bagi jugak saya handle satu jam slot aktiviti sebelum beliau berceramah. dan beliau selalu mintak saya buat recall di hujung ceramah beliau untuk lebih memberi impak kepada peserta. Lazimnya, saya akan membaca puisi yang direka sendiri ayatnya dengan iringan muzik dan suara yang sedih dan sayu. ia bagi menimbulkan rasa insaf dalam diri setiap peserta atau pendengar ceramah kami. En Mokhtar atau nama popular beliau Ustaz Mokhtar menyampaikan ceramah yang berfokus kepada alam selepas mati dan sahsiah diri pelajar. Selalunya, selepas program pelajar akan lebih rapat dan mengeratkan hubungan dengan ibu bapa, guru serta rakan-rakan. tak mahu bercerita lebih panjang, saya sajikan aje lah dengan gambar-gambar semasa saya menjadi pembantu penceramah. untung-untung dalam gambar-gambar dibawah ada pula orang yang anda kenal, jadi, boleh anda tanyakan pengalaman beliau semasa mengikuti ceramah kami. hehehe~
ini antara pelajar lelaki sekolah SMJ, Jitra

antara pelajar IPG yang membantu kami untuk program 2 hari 1 malam

pelajar begitu aktif pada permulaan ceramah



antara aktiviti yang dikendalikan oleh pelajar IPG



bakal cikgu nie..

ni pun sama...

antara aktiviti outdoor yang kami jalankan

dimulakan dengan doa supaya berkat.. amin~

inilah dia Ustaz Mokhtar yang saya sebutkan diatas

ada banyak lagi gambar tetapi cukup setakat ini dahulu. mungkin ada masa selepas ini saya akan upload lagi dan cuba kaitkan dengan lebih detail apa yang kami ceramahkan.. hehee

Sunday, 26 February 2012

AKTIF semula


Salam semua..

Dah lama sangat tak update blog nie. Dulu tak rajin dan tak tau nak tulis apa tapi mulai sekarang, Che Gu Mas perlu tau apa nak tulis supaya blog ini terisi dan Berguna untuk masyarakat kelak. InsyaAllah.....

Pape pun.. kte same2 doakan agar ia menjadi sesuatu yang berterusan. Amin~

Tuesday, 3 January 2012


video
Patri - Jinbara

Lirik Patri - Jinbara

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo....

THANKS FOR VISITING MY BLOG