Dh lama sangat tak update blog. hari ni saya nak berkongsi pengalaman menjadi seorang penceramah. Penceramah? wow!! ala.. Penceramah dalam kelas je sebagai salah satu tugasan untuk subjek pengurusan dan konsultasi sekolah. Dah la jadi antara orang last yang ceramah. Nervous sangat tadi. tapi Alhamdulillah saya berjaya merasai penglaman berceramah sendirian.
Tajuk yang saya bawa dalam ceramah saya adalah THE ROAD NOT TAKEN. satu sajak bahasa inggeris yang dipelajari semasa sekolah menengah. kenapa saya pilih tajuk ni? sebab saya percaya setiap orang perlu melalui apa yang penulis sajak ini lalui iaitu dilemma untuk memilih jalan yang hendak dilaluinya. tapi akhirnya penulis memilih jalan yang jarang dilalui orang lain. Dan jalan yang dipilih itu membawa satu perubahan yang besar kepada hidup beliau.
Saya kemukan beberapa contoh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih jalan yang jarang dipilih orang lain iaitu dengan menjadi seorang perdana menteri. begitu juga dengan pensyarah kami iaitu en Ab Aziz Yatim. beliau memilih untuk melatih pelajar kaunseling untuk menjadi kaunselor yang hebat. tindakan beliau merupakan suatu yang jarang orang lakukan dan sanggup lakukannya. hanya keberanian dan semangat mampu membuatkan mereka terus berada dilandasan jalan kedua itu.
Anda bagaimana? anda nak jadi orang yang biasa2 sahaja atau orang yang luar biasa seperti Tun, En Aziz dan banyak lagi tokoh2 yang sudi memilih jalan yang jarang orang pilih dan membawa satu perubahan yang besaar terhadap diri mereka malah kepada orang lain juga.
Sekian dahulu daripada saya... pilihlah jalan yang anda fikirkan terbaik buat anda. Genggam tangan, letak ke dada dan tanya kepada hati "wahai hati, apakah pilihanmu?"