SELAMAT DATANG KE BLOG Che'gu Mas

Followers

Thursday, 22 March 2012

Tempias


Tempias ni selalu dikaitkan dengan air. macam tempias hujan yang mana kita terkena sedikit air hujan bila hujan terlalu lebat sehingga melangkaui kawasan di bawah bumbung. Maksud tempias dalam bahasa inggeris adalah  the splashing of water. Tetapi tempias yang saya nak ceritakan ni bukan pasal air tetapi mengenai pemikiran manusia. Cewah.. Metafora kot. Biasa lah, orang Melayu kaya dengan bahasa. 
Ceritanya bermula apabila kita terserempak dengan sekumpulan perempuan yang berpakaian seksi dan kurang bersopan tetapi dikalangan mereka terdapat seorang perempuan yang menutup aurat cuma tidak lah seperti seorang ustazah. Masyarakat akan tetap kecam dan menyamakan perempuan menutup aurat tersebut dengan rakan-rakannya kerana beliau berada berkawan dengan gadis seksi.
 Pelik kan? Malahan bukan gadis seksi yang ditegur dan diperli tetapi si gadis menutup aurat tersebut yang di perli dan ditegur. Sudahlah dikecilkan hati gadis bertudung tersebut, mahu dipisahkan lagi si dia yang hanya tidak mempunyai ramai kawan selain rakan yang seksi itu. Sampai bila lah mentaliti masyarakat kita nak berubah kan? Hanya Mengenakan manusia yang lemah dan naif.
Saya petik kata rakan dan pensyarah saya, masyarakat kita mempunyai teknologi bad ke -21 tetapi pemikiran masih di abad ke-13 zaman gelap eropah. Minda yang sempit dan suka menindas hak orang lain secara tanpa sedar.
Renung-renungkan dan marilah sama-sama kita mengubah minda kita menjadi minda abad ke-21

0 comments:

Post a Comment

THANKS FOR VISITING MY BLOG