SELAMAT DATANG KE BLOG Che'gu Mas

Followers

Monday, 26 March 2012

Kenangan Bersama Adik2 SMK Pokok Sena






   Jumaat yang lepas, saya bersama rakan2 serta pensyarah kesayangan kami iaitu En Aziz telah mengadakan program kemahiran belajar bersama adik2 dari SMK Pokok Sena. mereka datang menaiki kereta api dan sampai di Tanjong malim pada jam 4 pagi seterusnya mereka solat dan rehat di Masjid Jamek, Tg. Malim sehingga jam 7 dan kemudian meneruskan aktiviti di Dewan Sri Tanjung, UPSI.
   Satu pengalaman yang menyeronokkan kerana adik2 sangat baik dan ramah. tiada sebarang rungutan terhadap pelakuan mereka dan semasa aktiviti dijalankan, mereka tetap memberi sepenuh perhatian meskipun masih terasa lelah perjalanan yang jauh.
  Kami bersama-sama mereka sehingga mereka pulang ke Kedah menaiki kereta api pada jam 11 malam. Rasa sayu menyelubungi tatkala menghantar mereka pulang. seharian bersama belum puas terasa. Setiap pertemuan pasti disusuli dengan perpisahan. Apa-apa pun saya dan rakan-rakan serta En Aziz sangat mengharapkan agar adik2 dapat mengamalkan apa yang kami sampaikan dan seterusnya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah....

1 comments:

tok anas said...

gbr ceq x ada pun

Post a Comment

THANKS FOR VISITING MY BLOG